Visi, Misi & Objektif
Visi
Menjadikan Penerbit UMPSA sebagai sebuah pusat penerbitan universiti yang menghasilkan penerbitan berkualiti dan unggul.
Misi
Penerbit UMPSA sentiasa berusaha menggalak dan menyokong penulisan ilmiah para akademia universiti agar memenuhi kehendak pelanggan melalui penyediaan penerbitan ilmiah yang berkualiti tinggi.
Objektif
- Menyokong visi dan misi UMPSA sebagai pengembang dan penyebar ilmu melalui peningkatan hasil penerbitan ilmiah bagi memenuhi keperluan semasa pengajian peringkat tinggi
- Memperkaya koleksi ilmiah menerusi penerbitan buku dan jurnal bagi menjadi sumber rujukan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat
- Memasyarakatkan ilmu kejuruteraan dan teknologi menerusi penerbitan buku-buku ilmiah yang bermutu di samping jurnal, prosiding dan monograf
- Mempertingkatkan tanggungjawab sosial melalui penganjuran bengkel-bengkel, seminar, kolokium, kursus berkaitan penerbitan dan sebagainya.